KOSMO Ahad 19 April 2009
‘Dia bagaikan tahu ajalnya’
Malang tidak berbau. Nahas jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.
…………………………
Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri. Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.
“Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi system insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra’ Associates Sdn. Bhd. kerana ia lebih terjamin.
…………………
….biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan. Seperti tahu ajalnya hamper, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.
Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan.
…………………
…..ditemui pada majlis penyerahan pampas an takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu.
Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham Cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful. Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun. sumber